THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

PENGENALAN

Solekan atau Andaman adalah satu aspek yang amat penting dalam persediaan dan urusan tertentu seperti di majlis-majlis perkahwinan. Malahan kihdmat solekan bukan sahaja disediakan untuk majlis nikah tetapi juga untuk berinai, pertunangan, makan malam dan sebagainya. Bagi bakal pengantin misalnya, sudah pasti ingin tampil dengan rupa paras yang anggun dan menawan di hari bahagia mereka. Oleh yang demikian, solekan dan tatarias amatlah penting, tidah sah jikal bakal pengantin tidak bersolek dan berpakaian dengan indah pada hari bersejarah mereka. Bahkan segala-gala yang berkaitan pada majlis tersebut turut ingin kan sesuatu yang cantik-cantik sahaja.  Dari kamar tidur hinggalah ke khemah pengantin juga di hiasi dengan segala macam bunga-bungaan dan dekorasi yang menarik. Begitulah hebatnya mereka yang digelar raja sehari pada hari tersebut. Apa yang penting  setiap mata yang memandang pasti akan terpukau nanti.


Produk yang diguna pakai ketika solekan

Setiap solekan dalam Solekanrihan menggunakan produk daripada jenama Kryolan, Farmasi, Dermacos dan Dermacolor. Untuk sapuan bedak asas, kebanyakannya Solekanrihan menggunakan bedak Asas Kryolan Tv Paint Stick yang berasaskan krim. Ini merupakan salah satu daripada produk kryolan yang biasa di gunakan oleh make-up artis dan juga mak andam, ia adalah merupakan produk kryolan yang paling laris dan terkenal dengan kehebatannya yang menjadikan kulit wajah lebih sekata, mulus dan gebu selepas bersolek. Ia didatangkan  dalam pelbagai peringkat warna dan tona bagi memberikan kesan dan hasil solekan yang lebih memuaskan. Ia bukan sahaja digunakan ketika majlis perkahwinan malah ia turut digunakan utk majlis makan malam, parti mahupun kegunaan harian.

Selain dari itu juga, Dermacos foundation juga turut diguna pakai oleh Solekanrihan bagi menatarias kulit wajah. Foundation ini merupakan jenis foundation dari jenama kryolan yang mampu menutupi noda serta cela-cela yang dapat memcacatkan penampilan anda.

Finishing kepada penggunaan bedak asas biasanya Solekanrihan menggunakan Dermacolor Powder dimana ia dapat memberikan kesan kalis air serta menjadikan solekan lebih bertahan lebih lama sehingga 8 jam.
Bagi memperkemaskan lagi solekan, Solekanrihan memilih produk farmasi sebagai pelengkap kepada solekan. Kali ini Solekanrihan akan bermain dengan warna-warna yang amat hebat dan berkilau. Perician akan di berikan kepada bahagian mata, hidung, pipi dan bibir. Solekan mestilah berhati-hati, kerana sebarang kesilapan yang berlaku adalah sukar untuk diperbetulkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...